Monday, December 31, 2012

Lara Lagi

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia…


Hilang Dalam Angin

2013. terasa janggal saat ini. tahun ini aku mulakan dengan serba kekurangan.
Bonda masih belum boleh berjalan.
Ayahanda masih lemah di pembaringan.
aku masih belum genggam jenama empat rata sepanjang hidup aku lagi.

dan yang paling utama,
ini tahun pertama kami tanpa arwah Abangku tersayang.

Jika satu masa aku boleh jumpa dia. untuk 5 saat pun aku sanggup.
aku nak peluk dia sampai dia hilang dalam angin.
lepas tu aku janji, aku takkan nangis lagi merindui dia, sebab aku puas.

biar dia hilang dalam anggin ketika aku ralit peluk dia erat-erat.






Sunday, December 16, 2012

Dear

She picked up the sharp pieces of glass that had scattered off from a tall cylindrical glass carefully, she put them in the trash can. She then stopped picking it up out of the blue. She stared the hallway. She was hoping to see a figure of the man she loved. But all that came into her moist eyes were the hollow sunlight rays that were dancing through the thin peach curtains. She sighed. Deeply, she closed her eyes, balls of pearls flowed through the closed eye lids. Warmth of the silent tears comfort her at these times. She swept away those broken glasses, wiped the wet floor with white kitchen towel and decided to take a walk.

"Why?" She asked herself while walking the pavement.
"Is everything I do, wrong?" She started analyzing herself.


She walked. And kept walking. But she stopped thinking. Her mind wandered off seeing how beautiful life actually is. How she wished to have that life. Where everything is meaningful. What's left with her life now is that she had lost the point. She had forgotten why.

The sound of car at high speed behind her. Headed towards her.















Kerinduan........... result?

Actually, i have no intentions of sharing my previous result. it is not as inspirational as it should be. I have been facing problems and it affects me. So shame on me. ciri-ciri orang yang berjaya, dia tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai satu alasan untuk tidak berjaya. And i would like to take this small opportunity to congratulate my collegians for your excellent results and for those who have not yet succeeded like me, consider yourself as still learning and like my late brother had always said, "tak cukup usaha lagi lah tu.."

Enough about that.

Actually, i miss my Abewa. my late big brother. sometimes i wonder where he is. "kenapalah wa nih tak balik2 rumah... haaaih" aku selalu lupa yang dia dah pun kembali ke rumah asalnya Ramadhan yang lalu. Gambar sahajalah jadi pengganti. Dan kami berbual melalui surat Yaasiiin yang ak selalu hadiahkan untuk beliau. Kesan daripada kemalangan itu kami hadapi sampai sekarang, dah hampir 6 bulan. Kadang- kadang terdetik untuk putus asa. terdetik. mainan syaitan.

yes, its true when they say people listens to you more when you're dead.
fond memories :)

p/s: leave it all out here tergantung sebab madam dah nak suruh keluar :(



Sunday, December 9, 2012

2012

Actually I have been writing and erasing this entri a lot. I know what I should write. I even have written it. And read it. But I erased it. It's more to a self-conflict issues. heh. I am sure I erased it because it is in Bahasa. I have a strong wall of shyness. I think that if I write in English, no one will ever understand what I am going to write or even worse than that, they will misunderstood. Dang! That will be such a disaster!

Truly from my heart, even though the year hasn't yet pass by completely, this year is some year for me. its not an easy year. it paced a lot of holes in me and my family and a few of my friends' too. The year that has increased our strength, by taking away happiness to be replaced with something even better in the end; if we believe.

Tomorrow is going to set my life's future, partially. The results are coming out.

FREAKED OUT! 


Thursday, December 6, 2012

Tergendala

Assalamualaikum.
and the saying goes excitedly; "I am BACK!"
Rasa semakin hidup sejak akhir-akhir ni. Mungkin sebab hidup aku dah kembali teratur seperti dulu.
atau dengan lebih baik lagi. Keadaan di rumah bukanlah sama dengan dulu. bahkan, tak sama langsung. its a 180 degrees flipped. Dan tiada kata yang dapat menggambarkannya. Sekarang tengah kelas di computer lab. I have so much to say actually. So many promises to execute. So many thoughts and stories. Just so many that I would love to share here in this blog. I just hope that I have the time. Masa walaupun ia perlu dicuri, ia tetap masa. tetap mempunyai makna.

Apa yang penting, Alhamdulillah, i am back on track. And i will always be after this.
To be honest, a slight regret is haunting me. Just a slight; that i broke down since that accident.
But i know i am just a normal humanbeing, i make mistakes. i have to break down sometimes.

Till then. Tuhan, terima kasih, aku tak lagi tergendala macam sebelum ni. :D

p/s: lecturer has given assignments. gotta go now.

Friday, October 19, 2012

Teman Pengganti

Teman pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Salam Ukhuwwah :)
Maaflah janji tak dapat aku tepati. Bukan sengaja untuk biar anda ternanti-nanti tapi sebab kekangan dan mood juga emosi yang tak menentu, tak dapat aku kongsikan alkisah aku dan keluarga ketika tragedi yang berlaku dulu. Ya, dulu. Walau jaraknya hanyalah 2 bulan, istilah dulu aku gunakan sebab keadaan hari ini tidak sama dengan semalam. Cukuplah dengan lirik teman pengganti ini sebagai ganti untuk ceritadewa aku, okay. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang kami lalui
. Dan perkara ini terdapat hikmah yang teramatlah besar. Alhamdulillah :) 

Wednesday, August 8, 2012

permulaan baru


assalamualaikum.

Hari ini, Allah cerahkan sikit hari aku dengan berita daripada kaum keluarga dekat kelantan sana.
bukanlah berita yang telinga aku dahagakan pun, tetapi sedikit sebanyak terubat jugak rindu kat hati aku ni.
Kebiasaannya, pagi-pagi sebelum aku masuk dewan peperiksaan, sekecil mana pun peperiksaan aku tu, aku akan telefon mak and babah. Kata orang tua-tua, mintak restu. sedikit sebanyak dapatlah cover sikit-sikit markah aku yang tak berapa nak genius ni. tapi sejak kemalangan tu, aku tak dengar lagi suara mak and babah. rindu tau. risau. Apa boleh aku buat..?

berita-pencerah-hari; (pelik je bunyi>

Agar 1 keluarga aku cepat cehat..mak patah kedua belah kaki,bby patah tangan,harith matanya hematoma ngn tengkorak dpn retak ckit,ira kkk ipar ku isteri arwah,di icu masih unconcius dan spleen rupture dan op telah dilakukan ,dan bbh ku di icu gak ususnya telah rosak ckit dan op telah dilakukan..doakan keluarga kami cepat sembuh ye kwn2...Amin.. — with Fiq Vertigo and 2 others.
Harith pulak selalu sangat bertanyakan arwah papa dia...

itulah status kakakku yang ada kat sana, kat facebook.

lebih kurang macam ni lah yang aku rasa.
nak putus semangat aku, baca status ni. nasib baik tak rebah je. kalau rebah, kren mana pulak nak kena sewa mengangkat aku ni. hmm.
tapi, rukun iman ke-6 kita kan ; beriman kepada Qada' dan Qadar Allah. lagipun Allah takkan uji aku kalau aku tak mampu. walaupun kadang-kadang aku meragui kemampuan aku..
jadi aku kuatkan jugaklah jiwa, jasad, roh, hati dan otak aku untuk terima keadaan ni. 
ini antara pengubat aku;

bukan fizz fairuz tu! selawat tu. hehe.
by the way, baru je selesai book flight untuk balik kelantan esok. 
aku akan sentiasa update blog ni. setiap hari aku menghadapi ujian Allah yang satu ni. bagi aku, pengalaman ni, sedikit sebanyak bakal mencorak hidup aku untuk 20-30-40 tahun akan datang. this is a historic event. the one i would love to share for the world to take lessons with me. 

minta maaf dan terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang tak henti-henti support aku. 
ingatlah, tak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya seperti menyayangi diri sendiri.
anda adalah sahabat yang terbaik. TERBAIK. aku sangat-sangat bersyukur. :)

EXAM?
sejujurnya, aku takde hati nak exam. aku jawab cepat-cepat. semak sekali. dah. selebihnya, aku tawakal. kali ni, exam kali ni lah yang paling aku tak bersungguh sekali. aku jawab segalanya dengan hidayah yang Allah bagi dalam otak ni. tulis2.. dah. siap. aku buat betul2... takde pon tinggal kosong mana2.. tapi tu lah. takde hati. hati dah balik kelantan since aku dapat call daripada pakcik bomba tu lagi. boleh bayang tak bomba yang call utk bagi tahu family kau kemalangan? trauma aku dengan bomba. heh.

thats all for now, doakan perjalanan aku esok selamat. 
tak sabarnya nak peluk mak.. haaaiihh.. 

assalamualaikum. 

Tuesday, August 7, 2012

Dan Kekasihku


Bismillahirrahmanirrahim.

Dan aku telah kehilangan seorang kekasih dalam hidupku.
dan kekasih itu tinggalkan kami dengan penuh ketenangan bersempena Ramadhan yang mulia.
Semoga syurga menjadi tempatmu, kekasih.
Semoga Allah menghapuskan azab kamu di alam barzakh.
Semoga kamu dikasihiNya sehingga hari akhirat kelak.

Dan aku beriman sepenuhnya dengan Qada' dan Qadar Allah.
dan aku terima seadanya keterpaksaan aku mengambil peperiksaan yang tiada ulangan ini.
memang sepenuh hati aku telah dibawa pergi untuk bersama-sama mereka hadapi ujian hikmah ini.
Yang tinggal disini cuma jasad bernyawa. sedang roh aku sudah jauh merantau.
aku tak sedikitpun persoalkan kenapa. sebab aku tahu Allah tak akan bebankan aku sekeluarga.
sujud syukur dan tahajjud ku persembahkan kepada Allah kerana masih kurniakan aku keselamatan babah, mak, beby, kak ira dan harith yang tercomel di dunia buatku. meski tidak sesempurna dulu. meski daripada 6 beradik menjadi 5. meski begitu.

this is a redirection.

aku redha. dalam sebak dalam senyum dalam tawa aku.
this has made me become much closer to Him.
TAPI. aku terfikir, raya macam mana tahun ni?
pasrah aku berserah. aku tak tahu. kalau harith tanya papa dia mana,..
siapa nak masak raya ni..
aku manusia biasa, bukan rasul atau nabi untuk mampu ketepikan fikiran keduniaan ni semua.
that triggers me a lot.

sabar, tabah, kuat. pesan sahabat sahabatku.
aku cuba ya. cuba setakat termampu. setakat yang aku boleh.
terima kasih yang tak terhingga buat veace, buat rabiatualadawiah, buat abdullah afifi, buat keisha, kam.. buat 315, roomates, dan semua. tak lupa kepada pakcik bomba.
Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. semoga kalian dianugerahkan dengan hikmah yang terbaik.

and may mak, babah, beby, kak Ira and Harith heal perfectly with the blessings from my dear Allah.
semoga seluruh ahli keluargaku tabah dengan ujian ini.
terima kasih Allah kerana kembalikan aku untuk ke jalanMu.











Saturday, April 28, 2012

Kuning

Assalamualaikum. Dah bersawang pun blog nih. Haiihh :) Pada pagi buta yang mulia ni, aku sebenarnya kepingin nak berkongsi pengalaman-pengalaman aku yang berusia 17 tahun 11 bulan ni kat audiens semua. Bertajuk kuning kita pada hari ini 29 April 2012. Bismillahirrahmanirrahim. Di Sidang Kemuncak APEC 1998 di Kuala Lumpur, Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore, memberi ucapan yang menyokong Anwar dan pergerakan reformasi di hadapan Mahathir dan pemimpin Asia-Pasifik yang lain. "Demokrasi mengurniakan mohor keabsahan yang perlu untuk pembaharuan agar berkesan." Tambahnya lagi: "Oleh itu, di kalangan negara yang mengalami krisis ekonomi, kita masih mendengar laungan demi demokrasi, laungan demi pembaharuan, dalam pelbagai bahasa - People Power, doi moi, reformasi. Kita mendengarnya hari ini - di sini dan sekarang - di kalangan rakyat Malaysia yang berani."[1] Pergerakan reformasi dan demonstrasi pada tahun 1998 yang telah diadakan setelah DSAI dipecat daripada jawatan timbalan Perdana Menteri kerana beliau telah menentang pemerintahan Dr M pada ketika itu yang mempunyai banyak korupsi telah disertai oleh ratusan ribu rakyat Malaysia termasuklah aku (4thn), beby (6bulan), kakak (7thn), dan kedua ibubapa kami yang berwawasan tinggi. Tak percaya? Percayalah.. Kekuningan... Bukan otak aku, tapi semangat yang sama seperti bapa aku yang telah mendedahkan anak2 dia dengan civil minds, aku telah membuat keputusan untuk teruskan rentak mencari hala tuju sendiri. Banyak yang aku jumpa. Tapi yang paling aku pasti dan yakin untuk sokong is KUNING 3.0. Duduk bantah! Malam tu starting from 0100 hours, aku start trending bersih. Watching live stream.. Pictures.. All the time. Facts on kuning 3.0.. Mmg tak tidur. Aku punyalah cari jalan nak masuk kawasan protesters tu, sayang seribu kali sayang... Bergerak keluar dari rumah seawal jam 4.30 pagi (untuk hantar bonda ke kLIA), jam 7, kenderaan SUV yang aku naiki mula bergerak ke kotaraya.. Sepanjang perjalanan ketika sampai di KUALA LUMPUR, aku jumpa pakcik2 trafik yang menutup natap setiap access ke KLCC dan dataran merdeka. Perghhhhh sakitnya mata dan hati ku ini!! Nak masok! Nak pergi KUNING! Aku meronta ronta dalam SUV tu, bapak aku buat dekkkk je... Dia mencuba segala access tapi malang hanya stuck dalam kereta. Kemudian job calling2 pulak dah... Singgah IJN skejap. All the time termasuk masa dalam kereta, aku update pasal KUNING, cari setiap pelusuk tweet dan notificatio fb dengan kawan2 seperjuanagn yang sudahpun mula berarak. Perasaan yang tertahan tahan betul time tu. Sabar jelah dgn kerjaan IJN nih. Jam 1030, aku mula bergerak keluar dari IJN. 1130, masih dalam kereta, bertemankan video, tweets dan trending daripada ipad. GERAMNYA! Apahal lah tak sampai2 lagi...? Pusing sana siani sinun JAM. Parking~ stesen Monorail Titiwangsa. Harap maaf perkhidmatan ditutup buat sementara waktu. Cesss.. Apakah..? Hafoi malasnya nak melayan segala blocking access nih. From all tweets and noti fb, putra, ktm sume tutup 12 till 5. Melepassss... Tak putus asa, bapak pulak ada kerja. Great-.-" Apa lagi jalan ah, merentas maju junction, menuju jalan TAR. Chota bagai dah siap~ tutup gak ngn geng kuning tak de sangat kat situ, divert lagi.. Segala sekecik kecik lorong pon di block. Haduh... Kalau lrt awal2 kan seronok. I could hear chantings kuning kuning kuning bagai.. Semboyan segala lagi... Haaaaaaaaaihhhhh! STUCKSTUCKSUCK Okay, nana call, suroh teman dia bawak anak2 dia pergi zoo. Just great -,-" Bbh pulak risau anak gadis comel lote dia ni pegi demo tak ajak dia, Katanya, kalau babah tak handle program ni, i will definitely take you and beby there. Just like old times.. Haiyaa~ org lain kerja pon ponteng maaaaaa~ protes aku gerammmm! Now, i am going back, no heartedly. All the time, the second, i update news on kuning. All the second! Concerned and worries about our friends out there, dah kena LRAD ke, gas ke, water can ke.... RISAU at the same time am grateful. Sbb all those spirit i have, have been executed well by those my rakyat seperjuangan. I choose to be with kuning. Supporting their course. Not saying aku nih Anti BieN ke proPAKATPAKATan ke... I am choosing to make a change! Mungkin ada yang cakap bodoh pi join, bosoh pi amik tau, buang masa, baik cari kolej nak balaja ka, buang masa baik pikiaq pasal benda lain ka, SAYA SEDANG CUBA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN WALAUPUN DENGAN SATU TWEET DI TWITTER ATAU DENGAN JERITAN BATINKU SEKALIPUN TENTANG KORUPSI DAN KEHITAMAN YANG BERLAKU PADA SETIAP PRU DI NEGARA YANG SAYA LAHIR INI. ANDA YANG SEKADAR DUDUK DIRUMAH, BELAJAR DI UNIVERSITI, ATAU TIDAK MENGETAHUI DAN MEMAHAMI APA APA YANG DIBAWAKAN KUNING, TAK LAYAK UNTUK JUDGE APA YANG SAYA BUAT. SAYA MEMANG ADA CIVIL MIND YANG KUAT, AND I LOVE THAT ABOUT MYSELF. KALAU KAMU TAKUTKAN PERUBAHAN, TAKUT SEBAB TAKUT HILANG PRIVILEDGE SEKARANG, SILALAH TAKUT. DAYA TAK KESAH TAK PEDULI. TAPI KALAU SETAKAT NAK JADI LEMBU KENA CUCUK HIDUNG, BAIK JADI MANUSIA, WALAUPUN BODOH MASIH ADA AKAL. aku memang tak nak guna perkataan stupid dupid tu, tapi kalau itu yang disoundkan kat aku, narrow minded lah segala, susahlah gua nak tahan beb. Kalau aku tahu isu semasa, kau tak tahu, aku lah yang narrow minded tu kan. Stupid dupid! Kesianlah, generasi aku ni kerja tgk tv nombor tiga baca pulak paper haian memang gasak hampalah dengan narrow mind tu kan. Tak minat politik, nak masuk jugak komentar, hadoi. Dah tak minat ignore je lah. Last but not least, the phrase melayu dok gadoh bagai~ cina india busy memajukan diri masing2.. Untuk pengetahuan cik adik manis sekalian, KUNING dibawakan khas untuk anda oleh digi.. Cehh tak dela. Bangasa MALAYSIA yang membawakan KUNING. Bukan melayu, bukan cina atau india sahaja. MALAYSIA. MEANS KADAZANDUSUN PUN ADA... Sekian~ terima kaseh sudi membaca. Wasalam.. P/s: gambar cuba diupload tetapi gagal kerana entri ini dibawa masuk guna ipad. For more pics, aku upload imsyaAllah dalam masa terdekat. Sama ada limk instagram atau di twitter mahupun facebook. Ty :)

Monday, March 26, 2012

Hipokrit atau ikhlas dan tidak ikhlas

Ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut. Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher). Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amin…   Jawapan: Ada beberapa perkara yang diutarakan dalam soalan yang perlu dirungkaikan iaitu isu tidak mahu bertudung (menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh. Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.   Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu. Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal’ di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.   Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut)! Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas. Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam. Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.   Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, sekurang kurangnya dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri’, ‘tidak ikhlas’ dan ‘tidak mahu hipokrit’ itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
Hasil bacaan saya di blog lain. Risaunya pada diri sendiri yang sudah lama tidak terisi rohani. Risau juga pada saudari kita kat luar sana, makin menjadi jadi kebaratannya. Moga kita sempat diberi taubat saat kita meminta taubat kelak. Insya allah.

Friday, March 23, 2012

maaf MAK

dengan tajuk diatas, post dibuka bismillahirrahmanirrahim..
4A+ 1A 4B+
alhamdulillah ya Allah kau tak bagi aku A- pun.
tak apa, tu lah akibat doa tak panjang dok mintak plus plus plus mmg aku dapat PLUSSES.

kalau dah namanya ibu, mestilah yang dia nak hanya yang terbaik untuk anaknya. maaf mak, tak straight result tu, moga2 lepas ni, jalan adik straight.
sebenarnya, kali ni, aku nak berkisah tentang komplot antara aku dengan semua orang disekelilingku.
baru semalam aku lengkapkan borang UPU. dan aliran yang aku pilih;
1. perubatan
2. undang undang
3. farmasi

selama lepas aku isi tu, memang aku hanya nak LAW je.
bila mak cakap pegi ejip lah kat kakak, 
TERLEPAS 
"TAK MAW! mk pegilah... adik tak nak.."
hei mulut! kurangg ajarrr tak sedar diri! dah la, result cam harrrrr
nak pedas2 pulak dgn mak sendiri..
sory mak, tak sengaja.. dalam hati je la aku mintak maaf. 
muka tak malu aku ni mana reti mintak maaf kat orang. hati batu ikut setan.
pastu, bila mak tanya, adik amik yang medic2 je kan?
aku jawab hmmmmmmph adik LAWYER la .

mak masa isi borang tu, babah ada. dia yang ckp kalau suka buat law, letak law.
lagipun babah lagi suka law drpd gigi tu.
ohhh gumbira dihati..
tiba2 mak kata, adik masuk USIM eh. nnt mak call doktro-apetah-tu..
ohh sakitnya hati...

maaf mak. adik tak nak buat apa mak suruh. 
adik ni, memilih sikit. nak masuk UIA, UITM, UM,.. or ipts
USIM..? takmaw.

anak mak ni cerewet. macam mak. :)

Wednesday, January 25, 2012

Subhanallah, love?


I do have flaws. Subhanallah, my flaws are my benefits.
I do have the good side. Subhanallah, they are becoming my test.
I do miss someone. Subhanallah, this feelings are so beautiful.
I do have love. Subhanallah, this love is tempting me, my soul.
I do love you. Subhanallah, how I wish you do too.
And when my desire goes deeper, I say subhanallah for that.
Lama tak call, busy eh? Tak pun kau dah ada orang lain nak call. :’(
Rinduu.. subhanallah.
Tak berbalas pun tak pe lah. Jangan benci aku cukup. J


jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku
repeat *
selalu di hatiku
repeat * [4x]
selalu di hatiku


white flag



I raised my white flag today. I understand that I am nothing you need at home. I would do anything you can ever ask me, I will definitely do it. I won’t hope for money in return. I won’t ask you to kiss my cheeks every morning before you go to work. I won’t ask you to stay at home more often than you have. I won’t ask for anything but one. Recognition. Yes, can you recognize me as I am and not anyone else? Can you not make havoc about my little achievements in academic even if you think they are big and successful? Recognize me as your daughter as the way I am already am now and live happily with whatever I desire? Because I can’t be anyone you want me to. I can’t fulfill that, I am truly, deeply sorry.  Please, I am begging you. I have weaknesses that I, myself hate but I can’t put it aside. They are a part of me. Can you recognize them and accept my weaknesses unconditionally? I guess everything I asked is too much for a pathetic, useless and unwanted child like me. I hope I never scored my exams. I hope I never entered that high prestige school. I hope I could be home for that five years and received your attention as fair as the others. I hope she could realize how lucky she is to be homed longer than anyone else. I hope there are still other people out there who can love me unconditionally. I must give up, I know. Because I can’t bear to write and cry, to wash the dishes and cry, to hide my face and cry, to lock myself up in a room that doesn’t even belong to me and cry. I have to stop hurting myself. I hope they know me better so that I won’t cry anymore. How can I call this place a home if I have to cry whenever I’m in it? Well, that’s my white flag hanging around my shoulder – meaning for me to stop trying to win your heart which I think as selfish. Screw me, thinking of my parents like that. Maybe that’s me. Not them, what a shame, I just don’t care anymore. Cukuplah, aku dah bosan, putus asa, dan terlampau malas. 
'

dia adm bukan hawa

Hai again, kesian blog aku dah tak terupdate sejak belakangan ni. Semuanya sebab aku tak tahu nak tulis pasal apa….. okaylah, selepas berbrainstorm sikit, aku rasa aku kena tulis pasal ni. Walaupun agak merbahaya… akuu sangat minat benda2 ni. Dia macam mainan minda lah. Sesuai dengan apa yang aku mahir, iaitu skil berdebat. Takdelah mahir pon… at least something yang aku boleh buat dan guna…
Sejak akhir2 ni, ada seorang pemuda yang telah mencuri perhatian aku. Asal aku online je paling tidak mesti ada satu artikel yang akan aku baca pasal dia. Apalah khabar dia sekarang ek? Bagi aku ada satu revolusi yang dia cetuskan. Dan revolusi itu sedikit sebanyak menunjukkan kebijaksanaan dan kesedaran orang muda kita yang selalu dibasuh dengan kem bina Negara, akhbar pengutus-ann dan sebagainya.. mungkin ada pihak mencemuh, katanya, alah cina india dok sebok blaja, anak mlayu dok sebok nak bangkit kununnya.. ini sampingan. At least ada jugak org muda yg masih ambil berat perihal Negara kot. Cuba takde sape peduli, mana datangnya orang-orang hebat cam pm kita dulu2 kalau tak sebab nak majukan Negara. Dia buat ni sebab adanya kepincangan. Kalau tak nak bangkit buat apa, semua dah perfect. Malang lah kan. sebab jiwa berani dia disalahtafsir.
Okay, kenal dia?
maybe he's not him...

Sekarang, mungkin dia dah tak boleh berjalan dan mungkin sedang dalam pemulihan akibat dipukul. Berdebar-debar juga nak menulis ni. Okaylah. Mari kita lihat apa yang dia sudah cuba lakukan. Yang dia dengan berani terang tang tang telah perjuangkan pada usia yang sangat muda.
KEBEBASAN. Apakah maksud perkataan ini? Pelepasan tanggungjawab kah? Atau perkara yang sepatutnya diamalkan dia sebuah Negara yang sudah 50 tahun merdeka? 
AKADEMIK:satu bidang penting yang perlu dimajukan. Scr logiknya pun…. Kenapa perlu ada politik yang bermain diatasnya.,, susah nak difahami, kan? benda tak perlu pun ada, ini sudah tak BErsin..H
Kekurangan dia bagi sesetengah pihak mungkin kerana kurangnya adab. Kelakuan yang mengancam keselamatan atau menggugat keyakinan sesetengah pihak yang lain. Mungkin semua itu adalah untuk mencuri perhatian. Tak lama lagi aku pun akan bergelar mah.a sis.wa, dan tanggungjawab aku adalah untuk belajar. Bidang apa? Sains politik menarik, tapi terlalu kronik untuk terlibat jika aku diMalaysia. Dan aku bukannya AD.Am., aku dari kaum hawa, tak seberani mereka. 
good luck.