Wednesday, January 25, 2012

dia adm bukan hawa

Hai again, kesian blog aku dah tak terupdate sejak belakangan ni. Semuanya sebab aku tak tahu nak tulis pasal apa….. okaylah, selepas berbrainstorm sikit, aku rasa aku kena tulis pasal ni. Walaupun agak merbahaya… akuu sangat minat benda2 ni. Dia macam mainan minda lah. Sesuai dengan apa yang aku mahir, iaitu skil berdebat. Takdelah mahir pon… at least something yang aku boleh buat dan guna…
Sejak akhir2 ni, ada seorang pemuda yang telah mencuri perhatian aku. Asal aku online je paling tidak mesti ada satu artikel yang akan aku baca pasal dia. Apalah khabar dia sekarang ek? Bagi aku ada satu revolusi yang dia cetuskan. Dan revolusi itu sedikit sebanyak menunjukkan kebijaksanaan dan kesedaran orang muda kita yang selalu dibasuh dengan kem bina Negara, akhbar pengutus-ann dan sebagainya.. mungkin ada pihak mencemuh, katanya, alah cina india dok sebok blaja, anak mlayu dok sebok nak bangkit kununnya.. ini sampingan. At least ada jugak org muda yg masih ambil berat perihal Negara kot. Cuba takde sape peduli, mana datangnya orang-orang hebat cam pm kita dulu2 kalau tak sebab nak majukan Negara. Dia buat ni sebab adanya kepincangan. Kalau tak nak bangkit buat apa, semua dah perfect. Malang lah kan. sebab jiwa berani dia disalahtafsir.
Okay, kenal dia?
maybe he's not him...

Sekarang, mungkin dia dah tak boleh berjalan dan mungkin sedang dalam pemulihan akibat dipukul. Berdebar-debar juga nak menulis ni. Okaylah. Mari kita lihat apa yang dia sudah cuba lakukan. Yang dia dengan berani terang tang tang telah perjuangkan pada usia yang sangat muda.
KEBEBASAN. Apakah maksud perkataan ini? Pelepasan tanggungjawab kah? Atau perkara yang sepatutnya diamalkan dia sebuah Negara yang sudah 50 tahun merdeka? 
AKADEMIK:satu bidang penting yang perlu dimajukan. Scr logiknya pun…. Kenapa perlu ada politik yang bermain diatasnya.,, susah nak difahami, kan? benda tak perlu pun ada, ini sudah tak BErsin..H
Kekurangan dia bagi sesetengah pihak mungkin kerana kurangnya adab. Kelakuan yang mengancam keselamatan atau menggugat keyakinan sesetengah pihak yang lain. Mungkin semua itu adalah untuk mencuri perhatian. Tak lama lagi aku pun akan bergelar mah.a sis.wa, dan tanggungjawab aku adalah untuk belajar. Bidang apa? Sains politik menarik, tapi terlalu kronik untuk terlibat jika aku diMalaysia. Dan aku bukannya AD.Am., aku dari kaum hawa, tak seberani mereka. 
good luck.

No comments: