Wednesday, August 8, 2012

permulaan baru


assalamualaikum.

Hari ini, Allah cerahkan sikit hari aku dengan berita daripada kaum keluarga dekat kelantan sana.
bukanlah berita yang telinga aku dahagakan pun, tetapi sedikit sebanyak terubat jugak rindu kat hati aku ni.
Kebiasaannya, pagi-pagi sebelum aku masuk dewan peperiksaan, sekecil mana pun peperiksaan aku tu, aku akan telefon mak and babah. Kata orang tua-tua, mintak restu. sedikit sebanyak dapatlah cover sikit-sikit markah aku yang tak berapa nak genius ni. tapi sejak kemalangan tu, aku tak dengar lagi suara mak and babah. rindu tau. risau. Apa boleh aku buat..?

berita-pencerah-hari; (pelik je bunyi>

Agar 1 keluarga aku cepat cehat..mak patah kedua belah kaki,bby patah tangan,harith matanya hematoma ngn tengkorak dpn retak ckit,ira kkk ipar ku isteri arwah,di icu masih unconcius dan spleen rupture dan op telah dilakukan ,dan bbh ku di icu gak ususnya telah rosak ckit dan op telah dilakukan..doakan keluarga kami cepat sembuh ye kwn2...Amin.. — with Fiq Vertigo and 2 others.
Harith pulak selalu sangat bertanyakan arwah papa dia...

itulah status kakakku yang ada kat sana, kat facebook.

lebih kurang macam ni lah yang aku rasa.
nak putus semangat aku, baca status ni. nasib baik tak rebah je. kalau rebah, kren mana pulak nak kena sewa mengangkat aku ni. hmm.
tapi, rukun iman ke-6 kita kan ; beriman kepada Qada' dan Qadar Allah. lagipun Allah takkan uji aku kalau aku tak mampu. walaupun kadang-kadang aku meragui kemampuan aku..
jadi aku kuatkan jugaklah jiwa, jasad, roh, hati dan otak aku untuk terima keadaan ni. 
ini antara pengubat aku;

bukan fizz fairuz tu! selawat tu. hehe.
by the way, baru je selesai book flight untuk balik kelantan esok. 
aku akan sentiasa update blog ni. setiap hari aku menghadapi ujian Allah yang satu ni. bagi aku, pengalaman ni, sedikit sebanyak bakal mencorak hidup aku untuk 20-30-40 tahun akan datang. this is a historic event. the one i would love to share for the world to take lessons with me. 

minta maaf dan terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang tak henti-henti support aku. 
ingatlah, tak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya seperti menyayangi diri sendiri.
anda adalah sahabat yang terbaik. TERBAIK. aku sangat-sangat bersyukur. :)

EXAM?
sejujurnya, aku takde hati nak exam. aku jawab cepat-cepat. semak sekali. dah. selebihnya, aku tawakal. kali ni, exam kali ni lah yang paling aku tak bersungguh sekali. aku jawab segalanya dengan hidayah yang Allah bagi dalam otak ni. tulis2.. dah. siap. aku buat betul2... takde pon tinggal kosong mana2.. tapi tu lah. takde hati. hati dah balik kelantan since aku dapat call daripada pakcik bomba tu lagi. boleh bayang tak bomba yang call utk bagi tahu family kau kemalangan? trauma aku dengan bomba. heh.

thats all for now, doakan perjalanan aku esok selamat. 
tak sabarnya nak peluk mak.. haaaiihh.. 

assalamualaikum. 

Tuesday, August 7, 2012

Dan Kekasihku


Bismillahirrahmanirrahim.

Dan aku telah kehilangan seorang kekasih dalam hidupku.
dan kekasih itu tinggalkan kami dengan penuh ketenangan bersempena Ramadhan yang mulia.
Semoga syurga menjadi tempatmu, kekasih.
Semoga Allah menghapuskan azab kamu di alam barzakh.
Semoga kamu dikasihiNya sehingga hari akhirat kelak.

Dan aku beriman sepenuhnya dengan Qada' dan Qadar Allah.
dan aku terima seadanya keterpaksaan aku mengambil peperiksaan yang tiada ulangan ini.
memang sepenuh hati aku telah dibawa pergi untuk bersama-sama mereka hadapi ujian hikmah ini.
Yang tinggal disini cuma jasad bernyawa. sedang roh aku sudah jauh merantau.
aku tak sedikitpun persoalkan kenapa. sebab aku tahu Allah tak akan bebankan aku sekeluarga.
sujud syukur dan tahajjud ku persembahkan kepada Allah kerana masih kurniakan aku keselamatan babah, mak, beby, kak ira dan harith yang tercomel di dunia buatku. meski tidak sesempurna dulu. meski daripada 6 beradik menjadi 5. meski begitu.

this is a redirection.

aku redha. dalam sebak dalam senyum dalam tawa aku.
this has made me become much closer to Him.
TAPI. aku terfikir, raya macam mana tahun ni?
pasrah aku berserah. aku tak tahu. kalau harith tanya papa dia mana,..
siapa nak masak raya ni..
aku manusia biasa, bukan rasul atau nabi untuk mampu ketepikan fikiran keduniaan ni semua.
that triggers me a lot.

sabar, tabah, kuat. pesan sahabat sahabatku.
aku cuba ya. cuba setakat termampu. setakat yang aku boleh.
terima kasih yang tak terhingga buat veace, buat rabiatualadawiah, buat abdullah afifi, buat keisha, kam.. buat 315, roomates, dan semua. tak lupa kepada pakcik bomba.
Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. semoga kalian dianugerahkan dengan hikmah yang terbaik.

and may mak, babah, beby, kak Ira and Harith heal perfectly with the blessings from my dear Allah.
semoga seluruh ahli keluargaku tabah dengan ujian ini.
terima kasih Allah kerana kembalikan aku untuk ke jalanMu.