Tuesday, August 7, 2012

Dan Kekasihku


Bismillahirrahmanirrahim.

Dan aku telah kehilangan seorang kekasih dalam hidupku.
dan kekasih itu tinggalkan kami dengan penuh ketenangan bersempena Ramadhan yang mulia.
Semoga syurga menjadi tempatmu, kekasih.
Semoga Allah menghapuskan azab kamu di alam barzakh.
Semoga kamu dikasihiNya sehingga hari akhirat kelak.

Dan aku beriman sepenuhnya dengan Qada' dan Qadar Allah.
dan aku terima seadanya keterpaksaan aku mengambil peperiksaan yang tiada ulangan ini.
memang sepenuh hati aku telah dibawa pergi untuk bersama-sama mereka hadapi ujian hikmah ini.
Yang tinggal disini cuma jasad bernyawa. sedang roh aku sudah jauh merantau.
aku tak sedikitpun persoalkan kenapa. sebab aku tahu Allah tak akan bebankan aku sekeluarga.
sujud syukur dan tahajjud ku persembahkan kepada Allah kerana masih kurniakan aku keselamatan babah, mak, beby, kak ira dan harith yang tercomel di dunia buatku. meski tidak sesempurna dulu. meski daripada 6 beradik menjadi 5. meski begitu.

this is a redirection.

aku redha. dalam sebak dalam senyum dalam tawa aku.
this has made me become much closer to Him.
TAPI. aku terfikir, raya macam mana tahun ni?
pasrah aku berserah. aku tak tahu. kalau harith tanya papa dia mana,..
siapa nak masak raya ni..
aku manusia biasa, bukan rasul atau nabi untuk mampu ketepikan fikiran keduniaan ni semua.
that triggers me a lot.

sabar, tabah, kuat. pesan sahabat sahabatku.
aku cuba ya. cuba setakat termampu. setakat yang aku boleh.
terima kasih yang tak terhingga buat veace, buat rabiatualadawiah, buat abdullah afifi, buat keisha, kam.. buat 315, roomates, dan semua. tak lupa kepada pakcik bomba.
Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. semoga kalian dianugerahkan dengan hikmah yang terbaik.

and may mak, babah, beby, kak Ira and Harith heal perfectly with the blessings from my dear Allah.
semoga seluruh ahli keluargaku tabah dengan ujian ini.
terima kasih Allah kerana kembalikan aku untuk ke jalanMu.











No comments: