Friday, December 30, 2011

berCINTA



okay, so tajuk kita harini sangat sensitif atau tak... terpulanglah pada mana2 individu yang hidup atas muka bumi ini. gambar yang dipastekan kat atas ni, indicates of what may happen when you get involved with the thing called LOVE. 
bak kata orang -orang yang pernah mengalami, cinta itu indah, cinta itu akan datang satu hari nanti untuk semua orang, berupa nikmat dari Yang Maha Pengasih dan sangat manis macam buah durian musang king. tapi, selalu yang aku tengok, tak ramai yang betul-betul dapat cinta yang sebegini rupa. yang tahu erti pengorbanan, tanggungjawab, ikhlas, jujur, tabligh, fatonah semua... especially, remaja sekarang. tapi, tak semestinya mereka ini berhak untuk terus terumbang ambing tak tentu hala dan merana selepas kononnya putus cinta. aku tak nak la cakap besar bagak sangat sebab tak kena kat batang hidung aku lagi.. nauzubillah. ada banyak sebab kenapa remaja tak perlu bercinta. bagi aku, mungkin sebab sikap protektif terhadap diri sendiri, kesedaran untuk menjamin masa hadapan, rasional bila buat keputusan, berserah kepada Tuhan yang telahpun menetapkan jodoh aku. my MR right is there somewhere, tiba masa aku carilah. tak pun dia yang cari aku.. haha seronok gak camtu. :)

betullah kata-kata Fauziah Ashaari dalam novel dia, 
cinta tak kejam, cuma orang yang tak tahu cara untuk menghargai cinta.
kita mungkin takkan rasa cinta sehebat Rasullullah terhadap Siti Khadijah, seikhlas Yusuf terhadap Zulaikha, tapi, kalau kita cuba contohi mereka tak ke SWEET?
nak cakap pasal sweet, aku ada seorang GREAT COUNSELOR ni, dia baru lagi la menikah dengan seorang warden yang takkan pernah melupai aku yang nakal dan jahat ini <huhuu>, mereka ni, sama cantik akhlaknya.. and bagi aku, siapa sahaja yang kahwin dengan cikgu Syahid ni, untung. sebab ILMU dia.
mereka tak bercinta sebelum nikah, tapi lepas nikah, sebelum majlis Bulan 2 ni, cikgu Syahid dah janji untuk bercinta dengan isteri dia. so, apa cinta ni sebenarnya? tepuk dada tanya iman.

may ALLAH bless you both always..





  

No comments: