Wednesday, August 31, 2011

raya UPIN DAN IPIN

assalamualaikum.



kisah raya tahun ini. aku tak sempat beraya dengan mak babah,
kocek pon ada keping merah, pemberian along;.
aku tahu itu bukanlah pemberian semata mata, itu harapan. 
adik belajar overseas katanya.
aku makin lama makin atkut.
harapan yang tergantung kat leher yang hampir patah ini bukanlah sikit.
kali ni bicara aku formal.
aku nak serius. mood itu mesti ada sebelum SPM tiba.
sambung kisah raya.
tahun ni, pelita dah tambah, keliling rumah cerah, terang benderang.
tapi hati orang tak seterang itu.
sebab tahun ni, kuurang seorang. dia raya jauh, tapi tak apa, janji ada VIDEOCALL.
along, wa, semua ada. kakak takde tapi ada baby baru.
aku?
hati aku bukan kat sini. aku melayang layang.
tak fokus. serabut sebab banyak yang tak selesai.
raya macam mana kalau macam tu?
pertama, kami buat ketupat.
memanglah bukan PRO. tapi okehlaa. BESAR gila ketupat pulut manis ini serunding tu.
pagi tu jugak nana hantar mesej kat mak, lepas sahur terakhir,
tanya air ketuban ke yang yaddayaddayadda...
mak pun, hah sudah.. jadi ke ketupat aku ni..? dah tengah hari, ketupat siap... barulah hantar nana ke hospital.
bermulalah tugas aku menjaga Harith Iskandar dan Zhafran Mirza.
turun berat tau jaga ,mereka ini. macam upin dan ipin.
sampailah ke pagi. tidur sama sama. 
sekejap sahaja aku teman mereka ini sampai ketiduran sebab dapur tak cukup kakitangan. 
chef 2 orang masak. along nagn wa briani siap.
esok pagi2 aku pergi kat nana. 
Alhamdulillah dapat baby girl. rambut lebat! 
and aku stay 1 malam kat hospital, tukar lampin, pakaikan losyen dan tolong nana.
zaman sekarang punya lah canggih pun tak guna. nana meraung juga sakitnya.
kenapalah ada anak yang tak reti nak sayang mak mereka?
kesian, tapi aku tak;eh wat apa selain dok kat tepi kaver macho..
baby tu comel and berat.
last2 balik rumah, semua orang dah sihat, kan.
sampai rumah, aku collapse. tak sempat nak kemas apa apa.
2 malam aku tak tidur. semua sebab raya and anak saudara.
lengkap berbaju melayu dan bersampin dan songkok bersongket, dua2 datang terkedek kedek.
nak! katanya, tunjuk kat semprit dalam tangan aku.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s:rupanya, ramai jugak orang beraya kat hospital.




No comments: