Tuesday, January 8, 2013

Mati

Assalamualaikum.

Mungkin sudah terlalu lama aku ucapkan salam buat hamba Allah yang lain yang berselisih denganku. Kerap aku rindui rutin sebegitu, makin kita tua makin kita tak mahu beramal dengan ilmu yang kecil dan seringkas ini. 
Mati.
Berapa kali dalam sehari kita berfikir tentang mati?
Berapa kali dalam sehari kita bercakap tentang mati?
Berapa kali dalam sehari kita sedar bahawa setiap saat kita menghela nafas, kita tahu besar kemungkinannya untuk kita mati dalam saat yang seterusnya.
Berapa?
Mungkin 0 kali.

Tapi bukan pasal mati yang aku nak puitiskan kali ni. Bukan aku ingin mengingatkan kepada semua dan diri aku sendiri bahawasanya mati itu perkara yang terdekat dengan kita. BUKAN. 

Tapi aku hendak bercerita tentang impian. Impian sebelum mati. Impian semasa mati. 

Sebelum mati, 
macam biasalah, kita ni hendak, kita ni manusia maka kita BERKEHENDAK.
rata-rata; kita hendak jadi manusia yang baik, manusia yang berguna, manusia yang berjaya. Klise semua tu. kadang-kadang, naik muak kita dengar, kita pasang cita- cita dan impian sebegitu rupa.
kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya yang kita cari atas dunia ni apa.
yang kekal itu alam akhirat esok lusa.
itu kita lupa. Mungkin sebab kita belajar tinggi. kita terlupa hendak jadi hamba yang merendah diri.

Tapi, kali ini kita tukar, tambah sikit impian klise kita.
kita nak ilmu tentang mati, tentang jenazah, tentang alam yang esok.
kita nak jadi orang yang kapankan mak kita, babah kita; walaupun kita yang mungkin pergi dulu.
Sekurang-kurangnya kita ada impian itu. bukan kita berharap mak babah kita mati awal, bukan. Kita cuma tak nak, makcik-pakcik tua JKK tu yang kafankan, mandikan mak babah kita. sebab kita sayang mak babah kita. kita nak buat lembut- lembut, baik- baik untuk mereka ni. kalau makcik pakcik tu kafankan mereka macam tegangkan cadar, takkan kita nak marah, kita kan tak reti. kali terakhir untuk menyentuh mereka di atas dunia ni; takkan nak lepaskan kepada orang-orang surau semata?  tak rindu kah nanti?  tak kempunan nak sentuh mak babah? tak? 
Maka kita pasang impian untuk lengkapkan diri dengan ilmu tentang kematian. Moga-moga saat kita mati nanti anak kita pula uruskan kita sebagaimana kita dengan mak babah kita. insyaAllah.

Semasa mati.
kita nak jadi imam buat mak babah kita masa solat jenazah. kita nak buat yang paling afdhal buat mak babah. sebagai satu hadiah terakhir daripada atas dunia. tapi kita tak mampu, kita ni perempuan. adik beradik perempuan semua. Terasa sedih tak terdaya. macam mana kita nak buat yang terbaik?
Maka kita pasang impian, kita nak cari seorang pelindung kita, yang boleh lakukan apa yang kita tak terdaya. Seorang lelaki yang boleh jadi imam. yang sayangkan mak babah kita macam kita sayangkan mereka. yang boleh doakan mak babah sambil airmata bercucuran penuh ikhlas. Moga-moga anak kita kelak dapat buat sebegitu untuk kita. insyaAllah.

Last but not least, i really hope that this video spreads. to the parents, to the kids. sound effects are so effective.

UAI feat Ustaz Don



Nabi pesan; kalau ada benih harini tapi esok kiamat, tanam benih tu harini. Nabi tak pernah ajar kita terlambat. - ustaz don.

No comments: