Saturday, July 11, 2015

Seluruh

Bukan mudah percaya
Bukan mudah nak suka.
Dan sebab itu aku taktau apa nak rasa.
Sakit ke.
Sedih ke.
Risau ke.
Takut ke.
Kadang2 rasa2 tu bersatu.
Padahal aku tak risau. Aku tak takut.
Bukanlah maksud aku untuk menangis.
Itulah benda yang paling aku benci.
Paling aku resent. Seumur hidup.
Tapi air mata perempuan itu memanglah murah harga dia.
Kalau tak beli pun dapat free.

Dan aku perempuan.
Mana aku nak lari. Seribu kali cakap tak pun sebenarnya ya.
Habis separuh nafas aku pun cakap tak. Aku ni perempuan.

Janji yang aku pegang takkan aku lepas. Aku tahu aku tak perlu pegang erat dia tetap akan tertunai. Sebab kau. Bukan orang lain.

Tak pernah macam ni. Aku ingat rindu tu manis. Manis2 pun pedih mata. Lol.

Hati ni baru nak belajar merasa. Baru nak kenal rasa2 halusnya seorang perempuan. Alangkah lamanya aku meninggalkan mata aku kering dulu sampai pernah aku lupa rasa menangis. Sekarang? Tak tertahan. Dari mana lah datang air banyak2 pun tak tahulah.

Aku risau, aku tahu. Banyak sangat kekurangan aku yang entah kalau dibanding dengan perempuan lain mahupun kau, serendah dunia ni lah tempat aku.
Bila ingatkan Tuhan tu Maha Adil, lagi aku risau. Lagi aku takut. Tapi, Tuhan baik, takkan lah kita dipertemukan atas alasan untuk menyakitkan hati? Takkanlah. Sebab dah terlampau sayang ni. Takkan lah Tuhan nak main2 kan doa kita? Nauzubillah. Ar rahman Ar rahim mendengar, kan habibi?

There will be no one else to love me like you. To touch my family's heart like you. To take care of me like you. Who has the will to guide me like you.

And i love you too much too worry too much that i am a burden. That i am not qualified to ask for attention. And no one is guilty for that.

Hati tengah belajar sabar. Tengah belajar nak beremosi. Layankan lah.

Sabar lah. Sampai waktu untuk kita, maka untuk kita lah.
Memang kita berencana yang lebih mudah. Bercinta selepas nikah. Dan sebagainya. Tapi siapa mampu lari percaturan Dia?

I love you.
And i have nothing else to say.

No comments: