Hasil bacaan saya di blog lain. Risaunya pada diri sendiri yang sudah lama tidak terisi rohani. Risau juga pada saudari kita kat luar sana, makin menjadi jadi kebaratannya. Moga kita sempat diberi taubat saat kita meminta taubat kelak. Insya allah.
A fickle heart and a heaviness, a wandering eye and a heaviness in my head; it goes out here.
Monday, March 26, 2012
Hipokrit atau ikhlas dan tidak ikhlas
Ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung.
Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung.
Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah.
Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amin…
Jawapan:
Ada beberapa perkara yang diutarakan dalam soalan yang perlu dirungkaikan iaitu isu tidak mahu bertudung (menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal’ di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut)!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.
Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya.
ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, sekurang kurangnya dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri’, ‘tidak ikhlas’ dan ‘tidak mahu hipokrit’ itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya.
Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
Friday, March 23, 2012
maaf MAK
dengan tajuk diatas, post dibuka bismillahirrahmanirrahim..
4A+ 1A 4B+
alhamdulillah ya Allah kau tak bagi aku A- pun.
tak apa, tu lah akibat doa tak panjang dok mintak plus plus plus mmg aku dapat PLUSSES.
kalau dah namanya ibu, mestilah yang dia nak hanya yang terbaik untuk anaknya. maaf mak, tak straight result tu, moga2 lepas ni, jalan adik straight.
sebenarnya, kali ni, aku nak berkisah tentang komplot antara aku dengan semua orang disekelilingku.
baru semalam aku lengkapkan borang UPU. dan aliran yang aku pilih;
1. perubatan
2. undang undang
3. farmasi
selama lepas aku isi tu, memang aku hanya nak LAW je.
bila mak cakap pegi ejip lah kat kakak,
TERLEPAS
"TAK MAW! mk pegilah... adik tak nak.."
hei mulut! kurangg ajarrr tak sedar diri! dah la, result cam harrrrr
nak pedas2 pulak dgn mak sendiri..
sory mak, tak sengaja.. dalam hati je la aku mintak maaf.
muka tak malu aku ni mana reti mintak maaf kat orang. hati batu ikut setan.
pastu, bila mak tanya, adik amik yang medic2 je kan?
aku jawab hmmmmmmph adik LAWYER la .
mak masa isi borang tu, babah ada. dia yang ckp kalau suka buat law, letak law.
lagipun babah lagi suka law drpd gigi tu.
ohhh gumbira dihati..
tiba2 mak kata, adik masuk USIM eh. nnt mak call doktro-apetah-tu..
ohh sakitnya hati...
maaf mak. adik tak nak buat apa mak suruh.
adik ni, memilih sikit. nak masuk UIA, UITM, UM,.. or ipts
USIM..? takmaw.
anak mak ni cerewet. macam mak. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)